Tuesday, September 30, 2008

SALAM LEBARAN

Assalamualaikum WTB.

Dikesempatan ini saya menyusun sepuluh jari mohon ampun dan maaf andai di dalam gurau ada terkata, dalam bicara terkasar bahasa, dalam tindakan terguris rasa, dalam hubungan wujud sengketa, mungkin janji mungkir terpaksa dan andai terhutang halal dipinta. Selamat Menyambut Hari Lebaran. Semuga sinar Syawal bakal menguatkan iltizam dalam meneruskan perjuangan.

Sunday, September 28, 2008

BUKU POLITIK DALAM BAHASA INGGERIS KE 5

Hari ini aku seperti biasa ke kedai membeli akhbar. Seperti biasa juga, aku akan mencari-cari buku-buku atau akhbar beraliran politik sekiranya ada. 'WINNING STRATEGIES of ANWAR IBRAHIM' buku terbitan Focus Media Enterprise serta karya Mutharasan. Sinopsis yang dapat ku andaikan ialah penulis cenderung memerhati serta menilai senario politik yang telah dan sedang merencahi dunia politik tanah air. Berbagai anggapan dari aspek penelitian beliau serta pandangan beliau dicurahkan ke dalam buku ini. Nampaknya aku berjaya juga mencukupkan bilangan buku politik ku sebanyak 75 buah sebelum Lebaran. Alhamdulillah.... Mungkin ilmu yang berguna dapat ku pelajari...

1. Musa A Traitor ? - S H Alattas
2. UMNO Politics : Abdullah Badawi's Dilemma - Yahaya Ismail
3. Where To Malaysia ? : A future with Anwar's Reformasi or back to Mahathirsm ? - Kim Quek
4. An Autobiography : M K Gandhi - Mahadev Desai
5. Winning Strategies of Anwar Ibrahim - Mutharasan

Friday, September 26, 2008

Perjuangan Yang Belum Selesai

Sesungguhnya tidak ada yang lebih menyayat
dari melihat bangsaku dijajah
tidak ada yang lebih menyedihkan
dari membiarkan bangsaku dihina.

Air mata tiada ertinya
sejarah silam tiada maknanya
sekiranya bangsa tercinta terpinggir
dipersenda dan dilupakan.

Bukan kecil langkah wira bangsa
para pejuang kemerdekaan
bagi menegakkan kemuliaan
dan darjat bangsa
selangkah bererti mara
mengharung sejuta dugaan.

Biarkan bertatih
asalkan langkah itu yakin dan cermat
bagi memastikan negara
merdeka dan bangsa terpelihara
air mata sengsara
mengiringi setiap langkah bapa-bapa kita.

Tugas kita bukan kecil
kerana mengisi kemerdekaan
rupanya lebih sukar dari bermandi
keringat dan darah menuntutnya.

Lagi pula apalah ertinya kemerdekaan
kalau bangsaku asyik mengia dan menidakkan
mengangguk dan membenarkan
kerana sekalipun bangganya negara
kerana makmur dan mewahnya
bangsaku masih melata
dan meminta-minta di negaranya sendiri.

Bukan kecil tugas kita
meneruskan perjuangan kemerdekaan kita
kerana rupanya selain memerdekakan
mengisi kemerdekaan itu jauh lebih sengsara

Bangsaku bukan kecil hati dan jiwanya
bukankah sejak zaman berzaman
mereka menjadi pelaut, pengembara
malah penakluk terkemuka ?

Bukankah mereka sudah mengembangkan sayap
menjadi pedagang dan peniaga
selain menjadi ulama dan ilmuan terbilang ?

Bukankah bangsaku pernah mengharung
samudera menjajah dunia yang tak dikenal
bukankah mereka pernah menjadi wira serantau
yang tidak mengenal erti takut dan kematian ?

Dimanakah silapnya hingga bangsaku
berasa begitu kecil dan rendah diri ?
Apakah angkara penjajahan ?
lalu bangsaku mula
melupakan kegemilangan silam
dan sejarah gemilang membina empayar ?

Tugas kita belum selesai rupanya
bagi memartabat dan memuliakan bangsa
kerana hanya bangsa yang berjaya
akan sentiasa dihormati.

Rupanya masih jauh dan berliku jalan kita
bukan sekadar memerdeka dan mengisinya
tetapi mengangkat darjat dan kemuliaan
buat selama-lamanya.

Hari ini, jalan ini pasti semakin berliku
kerana masa depan belum tentu menjanjikan syurga
bagi mereka yang lemah dan mudah kecewa

Perjuangan kita belum selesai
kerana hanya yang cekal dan tabah
dapat membina mercu tanda
bangsanya yang berjaya.

TUN M.

chedet.com BLOG - Merentas Halangan - Tun Dr Mahathir Mohamad

Buku terbitan Berita Publishing ini baru sahaja ku beli pagi ini. Kedai yang sama waktu aku beli buku karya Dato' A Kadir Jasin. Lebih kurang macam buku A Kadir Jasin iaitu catitan-catitan dari Blog. Kini Tun M mengakui dalam prolog buku ini bahawa dia seorang blogger. Apa yang menarik, buku ini mampu merungkai berbagai persoalan dari isu badan kehakiman dan suruhanjaya diraja, pentadbiran dan kepimpinan, isu parti UMNO serta berbagai isu yang melibatkan perpaduan kaum, umum serta isu semasa. 'Tiada yang tua, tak kan lahir yang muda'. Pandangan, penelitian, harapan serta sumbangan beliau yang penuh semangat harus kita kongsi. Semuga Tun M akan terus menulis. Aku masih lagi mencari buku bertajuk 'Jalan Ke Puncak' yang diterbitkan pada tahun 1999 karya YABhg Tun M.

* 'Yang muda disayangi, yang tua dihargai'

MELAYU MUDAH LUPA

Melayu mudah lupa
Melayu mudah lupa
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya dipijak
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya retak
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya teriak
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya haprak
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya kelas dua
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya hina
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya sengketa
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya kerdil
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya terpencil
Melayu mudah lupa
Tiada daulat
Tiada maruah
Tiada bebas
Melayu mudah lupa
Melayu mudah lupa
Melayu mudah lupa
Sejarah bangsanya yang lena
Tanah lahirnya yang merekah berdarah
Ingatlah
Ingatlah
Ingatlah
Wahai bangsaku
Jangan mudah lupa lagi
Kerana perjuanganmu belum selesai


* TUN DR. MAHATHIR BIN MOHAMAD

Thursday, September 25, 2008

DALAM PENCARIAN

Buku-buku dalam pencarian :-

1. Episod Gelora Melayu : Kamal Amir
2. Dua Wajah - Tahanan Tanpa Bicara : S H Ali
3. Million Dollar Man : S H Alattas
4. Shit : Shahnon Ahmad
5. Anwar Boneka Barat ? : Ahmad Lufti Othman

Mungkin agak dangkal cara ku ini. Memohon sesuatu untuk kepuasan diriku. Namun apa pun andaian orang, asalkan aku puas. Tidak salah meminta untuk menambahkan ilmu. Lebih-lebih lagi, sesiapa yang berkongsi ilmu pasti ada ganjarannya... Kalau ada yang memilikinya dan sudi memberikan kepada saya, saya amat berbesar hati.

Selesai SIAPA SAIFUL

Seperti yang telah ku jangka, SIAPA SAIFUL ? adalah rentetan peristiwa anak muda itu yang mencipta sejarah menjadi terkenal. Aku rasa aku bukan orangnya untuk menghakimi sesiapa. Ada pro dan kontra seperti yang buku tersebut nyatakan. Penulisnya ku anggap tidak menyebelahi sesiapa. Apa yang dapat ku nyatakan, segalanya melalui penelitian, pemerhatian, ulasan, andaian, berita, cerita, gambaran serta segala bentuk tanggapan. Seperti kata pepatah, 'sekeping gambar mampu melahirkan seribu satu cerita'. Wallahualam....

Wednesday, September 24, 2008

Buku Baru Lagi - SIAPA SAIFUL ?

Petang ini aku terjumpa lagi satu buku yang ku rasa minat untuk membelinya. 'SIAPA SAIFUL ? tulisan Akmal Adil Abdullah diterbitkan oleh Black & White Productions. 92 muka surat... Hmmm.... aku rasa pasti story nya tak begitu berat kerana dilihat pada tajuknya, pasti story kat dalam ni cukup mudah nak difahami.... Mentelah lagi, aku beli sebab nak tengok gaya dan bahasa penulisnya.... Isi ? Pastinya kes Mohd Saiful Bukhari bin Azlan yang mendakwa diliwat... IQRA'.

Tuesday, September 23, 2008

SRIKANDI PUTERI

1. Datuk Seri Azalina binti Dato' Othman Said
2. Datuk Noraini binti Ahmad

Ayu manis cantik jelita
Sungguh sopan tak cepat melatah
Walau usia dikatakan muda
Namun jangan disangka mentah

TENANG KERANA BERIMAN

Dato’ Seri Haji Abdullah bin Haji Ahmad Badawi, satu bukti golongan ulama sebagai ulil amri. Nendanya menjadi saksi pembentukan Negara tercinta ini. Sebagai golongan yang terdidik dengan ilmu Allah, konsep Islam Hadhari cuba diberi. Memberi keseimbangan antara akhirat dan duniawi. Namun sebagai insan dibumi Allah, Dato’ Seri yang merendah diri dengan panggilan Pak Lah, tidak boleh lari dengan segala masalah. Dari pentadbiran kerajaan yang digambarkan goyah, hingga ke pengurusan yang dilihat bermasalah, adakah Pak Lah dianggap lemah ? Terpanggil pula dengan undi tak percaya, kenapa tiada siapa yang diharap tampil membentulkannya ? Kenapa tak sama-sama duduk semeja, bincang dan rancang apa yang tak kena ? Zalim sungguh orang yang mengata, seolah-olah dia betul belaka ! Namun sifat terpuji yang ada pada Pak Lah, tenang sifatnya tak cepat melatah. Masalah ditangani dengan berhemah, mampu mengungkai orang yang marah.

Sepenggal baru umur pentadbiran tapi diminta membuat perubahan. Tidakkah nanti dituduh mengikut perasaan andai perubahan secara paksaan ? Cuba diberi ruang dan peluang, mentadbir sebaik mungkin menjadi cemerlang. Membina bangsa menjadi gemilang. Mencorak Negara menjadi terbilang. Sebagai rakyat yang akur kepada kepimpinan, doaku iring sepanjang perjalanan. Semoga Pak Lah teruskan perjuangan, jangan tunduk kerana desakan. Tegaskan pendirian dalam membuat keputusan, Insya-Allah segalanya akan dipermudahkan.

* Dari kacamata Hati Rizal.

ILHAM PUJANGGA

Sambil membaca buku tahun 1986 bertajuk 'Musa A Traitor ?' karya Pak Habib, mata mula memberatkan kelopaknya. Pasti kerana bacaan ku tidak lancar kerana buku tersebut dalam Bahasa Inggeris... Ku capai penanda buku, ku tandakan di muka surat terakhir ku... muka surat 92. CD yang ku pasang, sayup-sayup terdengar sedang mendendangkan lagu 'Ilham Pujangga' nyanyian Ismail Haron. Aku tertarik dengan lagu ini.... bait senikatanya juga nukilan Ismail Haron sungguh menyentuh jiwa Melayu ku. Antaranya :

Ilham Dari Pujangga
Berdiam Diri Bukan Ertinya Kau Kalah
Biar Cercaan Sekali Datang Menimpa
Sudahlah Memang Adat Di Dunia
Bersuaralah Kamu Pada Perkara Berguna
Itulah Sifat Orang Bijaksana

Pohon renungan penuh pengertian. Membuka minda agar berfikiran terbuka. Maksud tersirat padat nasihat.

Monday, September 22, 2008

JENERAL PERGERAKAN PEMUDA UMNO

1. Tun Hussein bin Dato' Onn
2. Tun Abdul Razak bin Dato' Hussain
3. Tun Sardon bin Jubir
4. Dato' Senu bin Abdul Rahman
5. Datuk Harun bin Idris
6. Tan Sri Syed Jaafar Albar
7. Datuk Haji Suhaimi bin Kamaruddin
8. Datuk Seri Anwar bin Ibrahim
9. Datuk Seri Mohd Najib bin Tun Abdul Razak
10. Tan Sri Abdul Rahim bin Thamby Chik
11. Datuk Seri Nazri bin Tan Sri Abdul Aziz
12. Datuk Seri Ahmad Zahid bin Hamidi
13. Datuk Seri Hishammuddin bin Tun Hussein

* Mohon maaf jika ada kesilapan protokol. Segalanya telah dilakukan sebaik mungkin.

DAPAT BUKU BARU

Hari ini aku ke kedai seperti biasa membeli akhbar. Selain akhbar harian, sesekali jika ada lebihan di poket, aku rajin mencari, menjengah serta memerhati seandainya terdapat buku-buku politik yang baru seandainya terjual. Agak sukar sebenarnya di pekan ini untuk menemui buku-buku politik terjual seperti di kedai-kedai buku di bandar seperti Shah Alam mahupun Kuala Lumpur. Selepas membayar harga akhbar yang ku beli, terpandang aku sebuah buku agak nipis bertajuk "Pilihan Raya Umum 2008 - Rakyat Sahut Cabaran". Dalam hati berkata, "buku baru ni". Ku capai lantas ku belek, A Kadir Jasin penulisnya. Aku rajin menjengah pembuka katanya dahulu... Tulisan A Kadir Jasin yang sebelum ini di dalam blog "The Scribe A Kadir Jasin" rupanya. Sebuah buku yang menyingkap perkembangan yang berlaku sebelum, ketika dan selepas Pilihan Raya Umum 2008 yang disampaikan oleh A Kadir Jasin melalui blognya. RM15 not a big money. So, aku beli lah... Aku dapat buku baru hari ini. Buku politik aku yang ke 72 dan yang pertama dari A Kadir Jasin.

Sunday, September 21, 2008

MELAYU

Melayu itu orang yang bijaksana
Nakalnya bersulam jenaka
Budi bahasanya tidak terkira
Kurang ajarnya tetap santun
Jika menipu pun masih bersopan
Bila mengampu bijak beralas tangan

Melayu itu berani jika bersalah
Kecut takut kerana benar
Janji simpan di perut
Selalu pecah di mulut
Biar mati adat
Jangan mati anak

Melayu di tanah Semenanjung luas maknanya :
Jawa itu Melayu, Bugis itu Melayu
Banjar juga disebut Melayu
Minangkabau memang Melayu
Keturunan Acheh adalah Melayu
Jakun dan Sakai asli Melayu
Arab dan Pakistani, semua Melayu
Mamak dan Malbari serap ke Melayu
Malah mua'alaf bertakrif Melayu

Dalam sejarahnya Melayu itu pengembara lautan
Melorongkan jalur sejarah zaman
Begitu luas daerah sempadan
Sayangnya kini segala kehilangan

Melayu itu kaya falsafahnya
Kias kata bidal pusaka
Akar budi bersulamkan daya
Gedung akal laut bicara

Malangnya Melayu itu kuat bersorak
Terlalu ghairah pesta temasya
Sedangkan kampung telah tergadai
Sawah sejalur tinggal sejengkal
Tanah sebidang mudah terjual

Meski telah memiliki telaga
Tangan masih memegang tali
Sedang orang mencapai timba

Berbuahlah pisang tiga kali
Melayu itu masih bermimipi
Walaupun sudah mengenal Universiti
Masih berdagang di rumah sendiri

Berkelahi cara Melayu
Menikam dengan pantun
Menyanggah dengan senyum
Marahnya dengan diam
Merendah bukan menyembah
Meninggi bukan melonjak

Watak Melayu menolak permusuhan
Setia dan sabar tiada sempadan
Tapi jika marah tak nampak telinga
Musuh dicari ke lubang cacing
Tak dapat tanduk telinga dijinjing
Maruah dan agama dihina jangan
Hebat amuknya tak kenal lawan

Berdamai cara Melayu indah sekali
Silaturrahim hati yang murni
Maaf diungkap senantiasa bersahut
Tangan dihulur sentiasa bersambut
Luka pun tidak lagi berparut
Baiknya hati Melayu itu tak terbandingkan

Selagi yang ada sanggup diberikan
Sehingga tercipta sebuah kiasan :
"Dagang lalu nasi ditanakkan
Suami pulang lapar tak makan
Kera di hutan disusu-susukan
Anak di pangkuan mati kebuluran"

Bagaimanakah Melayu abad dua puluh satu
Masihkah tunduk tersipu-sipu ?
Jangan takut melanggar pantang
Jika pantang menghalang kemajuan
Jangan segan menentang larangan
Jika yakin kepada kebenaran
Jangan malu mengucapkan keyakinan
Jika percaya kepada keadilan
Jadilah bangsa yang bijaksana
Memegang tali memegang timba
Memiliki ekonomi mencipta budaya
Menjadi tuan di negara Merdeka

* Sajak Usman Awang yang dibaca oleh Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi pada Perhimpunan Agung UMNO tahun 2005. Selami dan fahami maksud tersirat. Moga menjadi panduan dalam perjuangan.

Buku MOHD SAYUTI OMAR

1. Hikayat Tok Guru dan Tiga Abdul - 2000
2. Undurkah Mahathir ? : Dilema Dollah Badawi - 2003
3. Anwar Come Back : Gelombang Reformasi ke Dua - 2004
4. Bala Balak dan Igauan Anak Musa - 2005
5. Kemelut Mahathir - Abdullah : Bagaimana Anwar ? - 2006
6. Siapa Berhak Ganti Pak Lah ? - 2007
7. Jalan Pintas ke Putrajaya : Anwar Perdana Menteri Dalam Penantian - 2008

* Mohd Sayuti Omar (MSO) adalah penulis politik yang tidak terikat dengan mana-mana paradigma politik. Analisa serta kritikan beliau mengenai sesuatu isu politik disampaikan melalui perspektifnya yang tersendiri. Teruskan menulis.

Saturday, September 20, 2008

PESAN BUAT PERWAKILAN - Perhimpunan Agung UMNO

Hari itu datang lagi
Ayah rancang nak cari buku
Ibu rasa nak beli tudung
Abang ingat nak cari baju
Adik pula nak cari tudung

Siapa nak pikul amanat ?
Siapa nak junjung amanah ?
Datuk ?
Nenek ?
Datuk dah tak larat
Nenek dah tak kuat

Lupakanlah buku
Biarkanlah tudung
Tinggalkanlah baju
Lepaskanlah payung

Bawa pulang amanat
Laksanakanlah mandat
Demi untuk melihat
Perjuangan bangsa dimartabat

UMNO wujud untuk UMNO

U : Unit
M : Membela
N : Nasib
O : Orang

YAHAYA ISMAIL

1. ANWAR & NALLA : SEKS + JUDI & KONSPIRASI - 1998
2. CABARAN GLOBAL KE MANA MELAYU ? - 2002
3. MENGAPA MAHATHIR SUKAR DIGUGAT ? - 2002
4. UMNO POLITICS : ABDULLAH BADAWI'S DILEMMA - 2003
5. APA AGENDA ANWAR IBRAHIM DENGAN KHAIRY JAMALUDDIN ? - 2006
6. RAHSIA JUTAWAN INTERNET (bersama Amir Hassan) - 2007
7. ANTOLOGI SAJAK : MELAYU MUDAH LUPA (bersama Dharmala NS & Kamal Amir) - 2007
8. DATO' SERI MAHDZIR KHALID : PERJUANGAN YANG TAK KUNJUNG PADAM - 2008

* Yahaya Ismail antara penulis buku politik yang saya minati. Tulisan beliau mengasah minda. Mengasuh kita berfikir secara rasional dan bersikap positif tanpa prejudis.

PRESIDEN UMNO

- Dato' Onn bin Jaafar
- Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj
- Tun Abdul Razak
- Tun Hussein Onn
- Tun Dr. Mahathir bin Mohamad
- Datuk Seri Abdullah bin Haji Ahmad Badawi

PELOPOR UMNO

Persatuan yang diwakili dan nama tokoh UMNO.

1. Saberkas Kedah - Datuk Senu Abd Rahman dan Muhd Jamil Binjal.
2. Persatuan Melayu Kedah - Rajam Darus dan Ahmad Abdullah.
3. Persatuan Melayu Singapura - Abdul Rahim Ibrahim dan Abdul Hamid Jumat.
4. Persatuan Melayu Pahang - Mohd Nor Sulaiman.
5. Pergerakan Melayu Semenanjung Melaka - Ahmad Jamal dan Ali Mohamad.
6. Persatuan Melayu Pulau Pinang - Ibrahim Mahmud dan Pak Cik Ahmad.
7. Persatuan Melayu Seberang Prai - Ahmad Maliki dan Hashim Awang.
8. Persetiaan Melayu Kelantan - mewakilkan kepada Datuk Panglima Bukit Gantang.
9. Persatuan Melayu Perlis - Tahrim Ibrahim dan Salleh Osman.
10. Persekutuan Melayu Negeri Sembilan - Tunku Hussein Tunku Yahya dan Raja Noordin Raja Deli.
11. Perikatan Melayu Perak - Panglima Bukit Gantang dan Zainal Abidin Abas.
12. Persatuan Melayu Perak - Datuk Muda Wan Mohd Nor Tahim dan Tahir Setia Raja.
13. Persetiaan Muslim Teluk Anson - Saharom Muhyiddin.
14. Persatuan Melayu Chenderiang - Raja Lob Saharuddin Mohamad.
15. Kesatuan Muhibbah Malim Nawar - Ahmad Abdullah dan Mokhtar Sultan Laidin.
16. Parti Kebangsaan Melayu Malaya - Dr. Burhanuddin Mohd Nor dan Zulkifli Auni.
17. Pergerakan Melayu Semenanjung Johor - Dato' Onn Jaafar, Syed Kadir Mohamad dan Abdul Manap Buyong.
18. Persatuan Melayu Kluang - Kapt. Ahmad Ahmad Dom dan Abu Bakar Abd Hamid.
19. Persatuan Melayu Selangor - Yunos Hamidi dan Abdul Samad Ahmad.
20. Pergerakan Kebangsaan Melayu Selangor - Datuk Hamzah Abdullah dan Ismail Mat Shah.
21. Ikatan Setia Kampung Baru - Zainal Abidin Othman dan Zaleha Muhd Ali.
22. Kelab Peranakan Pulau Pinang - Baginda Buyong dan Lop Ahmad.
23. Dewan Perniagaan Melayu Selangor - Ramli Tahir dan Ali Arshad.
24. Persatuan Penghulu-Penghulu Selangor - Raja Abdul Rahman Raja Yusof dan Raja Ismail Raja Ibrahim.
25. Kelab Darul Ehsan Jeram - Othman Muhd Sharif dan Omar Hassan.
26. Persatuan Kaum Ibu Selangor - Fatimah Musa dan Zaharah Tamim.
27. Persekutuan Bawean Selangor - Ahmad Hassan dan Mas'od Zubir.
28. Persekutuan Melayu Hulu Selangor - Nordin Nawi dan Yahya Mohd Sani.
29. Persatuan Melayu Sabak Bernam - Mohamad Muhd Ali dan Lop Salleh Noh.

Mereka inilah yang menghadiri pertemuan di Istana Besar Johor Bahru pada 11 - 12 Mei 1946 dan memutuskan kewujudan UMNO yang ada pada hari ini.
* dipetik dari artikel 'MEMPERINGATI NAMA-NAMA PELOPOR UMNO' tulisan AZMAN ANUAR - Utusan Malaysia (10 Mei 2002)

RENUNGKANLAH

Kalau tak boleh jadi Raja
Jadilah Bendahara
Kalau tak boleh jadi Bendahara
Jadilah Laksamana yang menjaga armada
Kalau tak boleh jadi Laksamana yang menjaga armada
Jadilah Perwira yang setia
Kalau tak boleh jadi perwira yang setia
Jadilah Tukang Sapu di halaman istana
Kalau tak boleh jadi Tukang Sapu di halaman istana
Jadilah si Pembawa Kencana
Asalkan
Matinya meninggalkan NAMA dan JASA

- Sajak oleh Ahmad Kamil bin Haji Abd Muin (Perwakilan Gerakan Belia 4B (M) Negeri Kedah sewaktu ucapan penangguhan beliau pada Perhimpunan Agung Tahunan Gerakan Belia 4B (M) ke - 30.

BUKU S H ALATTAS

1. PEMUDA DI ZAMAN MAHATHIR - 1982
2. MUSA A TRAITOR ? - 1986
3. ANAK OMAK VS ANAK BAPAK - 2004
4. RAJA, RAKYAT DAN PEMIMPIN DI ZAMAN PAK LAH - 2004
5. FIRASAT : RAHSIA MENGENAL DIRI - 2007
6. KHAIRY JAMALUDDIN PERDANA MENTERI ? - 2007

* "Pemuda di zaman Mahathir" diperolehi melalui kedai buku terpakai dengan harga RM10 dan merupakan buku yang amat bernilai. Terima kasih kepada Kiru's Magazine Museum. SH Alattas atau Pak Habib sinonim sebagai penulis buku politik dengan gaya penulisan berani malah firasat Pak Habib seolah-olah mencorak senario politik Malaysia. Melalui penanya, Pak Habib kini telah meghasilkan tidak lebih 50 buah buku dan tag beliau yang amat saya kagumi ialah (IQRA' - BACALAH). Semuga Pak Habib terus berkarya.

PANTUN KERAMAT TUN DR. M

Pantun seloka penyeri majlis,
Pembuka penutup tak kira masa;
Tahniah pembahas sungguh kritis,
Usul dibahas berbalas pantun jadinya.

Regime Change tema terbaru,
Hasutan beracun musuh bangsa;
Jangan termakan pujuk dan rayu,
Kelak tergadai tanah tercinta.

Bersatu teguh bercerai roboh,
Kata azimat pusaka berzaman;
Alaf baru penuh penceroboh,
Rapatkan bangsa nusa kita tahan.

Berabad derita hidup terjajah,
Nikmati merdeka baru terasa;
Lagak bersantun bangsa Eropah,
Sandiwara menjerat bangsa merdeka.

Setiap permulaan ada akhirnya,
Menjadi peringatan kepada hamba;
Kuasa dan jawatan bukan segalanya,
Berkhidmat kerana bangsa dan negara.

Kepimpinan berganti amalan tradisi,
Tradisi UMNO gemilang budaya;
Pemimpin datang bersilih ganti,
Mewarisi perjuangan bangsa kita.

22 tahun mencurah bakti,
Untuk agama, bangsa dan pertiwi;
Kini masa untuk pergi,
Ketika UMNO gagah berdiri.

Semua berdoa menitis air mata,
Mengenang nasib anak bangsa;
Wahai Melayu jangan bersengketa,
Mengelakkan dari porak peranda.

Pemuda di kanan Puteri di kiri,
Wanita pula tengah teguh berseri;
Usah pentingkan diri sendiri,
Dulukan bangsa utamakan parti.

Para perwakilan dan semua ahli,
Bersetia semua bersatu hati;
Saya pergi Pak Lah ganti,
UMNO teguh sudah pasti.

Izinkan saya beredar pergi,
Memberi ruang pada Pemuda;
Melupai UMNO tidak sekali,
Terus berjuang walaupun bersara.

Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad
PWTC - Kuala Lum,pur
21 Jun 2003

* Amanat kepada bangsa Melayu oleh YABhg. Tun Dr. Mahathir Mohamad sebelum mengakhiri ucapan penggulungan perbahasan terakhir beliau selaku Presiden UMNO pada Perhimpunan Agung UMNO tahun 2003.

Friday, September 19, 2008

KUCARI DAMAI ABADI

Aku cari bukan harta bertimbun-timbun
Untuk hidup kaya
Aku cari bukan wang berjuta-juta
Untuk hidup bergaya
Aku cari bukan kawan-kawan
Untuk hidup sekadar berfoya-foya
Aku cari mana dia Al-Ghazali
Aku cari mana dia Al-Syafie
Kita bongkar rahsia kitab suci
Cari pedoman
Kita bongkar rahsia sunnah nabi
Cari panduan
Aku hidup kerana Dia Rabbi
Dialah teman
Dialah wali
Dia mencukupi
Aku hidup bererti
Menikmati damai abadi.

TANGKAL AZIMAT - 'BAIKI'

B = BANGGA - Bangga sebagai ahli UMNO
A = AKUR - Akur arahan dan keputusan pucuk pimpinan
I = IKHLAS - Ikhlas dan jujur dengan perjuangan
K = KEPENTINGAN - Kepentingan parti diutamakan
I = INSAF - Insaf masa depan bangsa

Kata-kata azimat ini dipetik dari buku :

DATO' SERI MAHDZIR KHALID - PERJUANGAN YANG TAK KUNJUNG PADAM tulisan YAHAYA ISMAIL (2008)

SALAM PERKENALAN

Assalamualaikum WTB...

Terbit dari hati, cuba mencari erti... Maksud tersurat, bayang tersirat... Apa kenapa mengapa siapa dimana dan siapa...
Cermin diri melihat peribadi.... suara di beri cuba selami... kepada sahabat yang melewati blog ini, terima kasih dari hati... dengan sokongan selama ini... Wallahualam...