Monday, November 3, 2008

TUNJUK HEBAT DENGAN DEBAT

Debat yang ingin diadakan antara calon-calon jawatan tertinggi UMNO terutamanya jawatan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia ada pro dan kontranya. Ada rasional dan tidaknya. Kebaikan yang nyata, inilah masanya akar umbi dalam kepimpinan UMNO dapat memahami visi dan misi serta azam dan iltizam yang cuba dibawa oleh calon-calon sekiranya memenangi jawatan tersebut. Pasti akar umbi dapat menerima andai visi dan misi yang jelas malah menjurus kepada kepentingan bangsa. Tentu pemimpin yang mempunyai perancangan serta wawasan sebegini dinanti-nantikan sebagai pembela agama, bangsa dan negara.
Cuma, jika penggal pemilihan yang mengambil masa hanya 3 hingga 4 tahun sebagai tempoh perkhidmatan, alangkah ruginya menanam visi dan misi. Alangkah sia-sianya menyuarakan azam dan iltizam. Pasti pengganti (sekiranya diganti dengan orang lain) memiliki visi dan misi sendiri. Maka apa akan jadi dengan akar umbi ?
Bagi yang menawarkan diri dengan misi, visi, azam dan iltizam bakal menempuhi satu cabaran besar, tanggungjawab berat, yang membawa bersama tugas yang diamanahkan oleh seluruh bangsa Melayu khasnya ahli-ahli UMNO. Jangan nanti kita diketawakan kerana sibuk dengan misi dan visi masing-masing yang akhirnya hanya retorik sahaja. Biarlah kita berbincang apakah bentuk perjuangan yang mampu dilakukan agar bangsa Melayu akan terus bermartabat, bermaruah seterusnya gah di Tanahairnya sendiri. Elok kita berkerja dari asyik berkata-kata.

No comments: