Tuesday, October 28, 2008

AHLI JAWATANKUASA PERGERAKAN PEMUDA UMNO BAHAGIAN TANJONG KARANG SESI 2008 - 2011

Pengerusi Tetap
Radiman bin Pawiwerjo
Timbalan Pengerusi Tetap
Saad bin Ramli
Ketua
Mohd Khir bin Haji Ramli
Naib Ketua
Mohd Rizal bin Mohd Yusof
Ahli Jawatankuasa
Maruwan bin Ahmad
Mohd Zamri bin Kahar
Muhammed Rizal bin Tawarikh Effendi
Muhd Ruzi bin Haji Abu Hassan
Mustapa Kamal bin Shadan
Shah Iqbal Jamalulail bin Nadmilail
Illiyaszaidi bin Harun
Mohd Saad bin Ismail
Fadhzil bin Md Radzi
Azlan bin Mohd Yusof
Mohd Shahrizal bin Shaari
Abdul Latif bin Abu Bakar
Mohd Faizal bin Haji Othman
Idrus bin Marni
Zahrul Nazlinizam bin Ahmad Nawawi
Pemeriksa Kira-Kira
Johari bin Sidik
Abd Khalid bin Abdullah
Perwakilan Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian
ke
Perhimpunan Agung Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia
Muhammed Rizal bin Tawarikh Effendi
Johari bin Ngasri

Thursday, October 23, 2008

PEWARIS BANGSA

Berkat dengan kesabaran dihati, akhirnya perjuangan mu kini dihargai. Dengan semangat ingin berbakti, kini menjadi pembela nasib kami. Memegang jawatan sebagai Menteri, bangganya rasa kerana senegeri. Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi, satu posisi yang dilihat mampu membantu kami.

YB Dato’ Haji Noh bin Haji Omar, seorang pemimpin berjiwa suci. Bersama rakyat susah dan senang, tidak mengenal istilah benci. Walaupun pernah dilanda kontroversi, akibat saranan agar makhluk ‘Tanah Besar’ kembali. Tidak diundang datang ke sini andai masalah dibawa sekali. Tegas sekali beliau berdiri, atas penderian menjaga kedaulatan pertiwi. Walau di asak si sakit hati, beliau tak gentar ‘mai lah sini’. Sedetik tidak beliau kan lari, apa dakwaan beliau hadapi. Siapa yang kenal dengan Dato’ ini, semangatnya patut kita warisi. Lantang berkata penuh realiti, segala ucapan berfakta, berbukti. Segala masalah tindakan diberi, jalan terbaik difikirkan untuk atasi. Demi bangsa rela berbakti, jangan dijentik walau seinci. Dikalangan lawan beliau digeruni, kepada kawan amat dihormati. Pernah terikat isu ‘ketuk ketampi’ namun tegas menjawab, itu memang antara aturan sewaktu ‘inquiry’. Kini YB bertaraf Menteri, jawatan yang punya misi dan visi. Membentuk bangsa agar berdayasaing dan setaraf, duduk sama rendah berdiri sama tinggi.
Sungguh murni impian di hati, alangkah murni jika dapat diselami. Wahai bangsa pewaris pertiwi, rebutlah ruang dihadapan diri. Capai segala peluang diberi, agar tidak menyesal dikemudian hari. Jangan salahkan pemimpin ini kerana kita sebenarnya yang tak sedar diri. Kepada YB yang telah berbakti, teruskan segala perjuangan suci, Pasti YB akan terus dihormati. jasa dan bakti YB akan disanjungi. Insya-Allah segala impian YB akan menjadi realiti, melihat bangsa Melayu akan dihormati.

Thursday, October 16, 2008

UMNO LANGGAR PERLEMBAGAAN ?

Assalamualaikum WTB......

Buat sahabat seperjuangan dalam menegakkan syiar Islam, dalam memartabatkan Bangsa dan dalam mendaulatkan Negara, semoga berada didalam lindungan Allah SWT. Jasa bakti anda pasti ada ganjarannya. Biar apa cara sekalipun rentak langkah perjuangan anda, pasti tujuan yang utama adalah demi Agama, Bangsa dan Negara...

Belum pun reda kisah rumah terbuka Hari Raya, kisah persidangan UMNO bahagian-bahagian yang baru bermula, terpacul pula kisah Raja Bollywood yang menerima gelaran di Melaka. Terkilan juga rasa dihati, bila sahabat-sahabat yang mungkin lebih patut dihargai dari si raja Hindustani. Hampir seminggu cerita didengari, dari individu serta persatuan yang tidak puashati. Namun begitu aku hanya memerhati kerana aku bukanlah fanatik kepada seni.

Berbalik kepada persidangan UMNO bahagian yang baru bermula suka aku menyentuh kenyataan bekas Setiausaha kerja UMNO, Datuk Mustaffa Yassin diakhbar Watan (BIL:07/08 AHAD 12 - 18 OKT 2008) yang baru ku beli. Tajuk muka hadapat tertulis "UMNO LANGGAR PERLEMBAGAAN". Setelah kubaca, aku bersetuju jika isu ini timbul bila dirujuk kepada buku perlembagaan :

Fasal 24.2, Fasal 24.3, kemudian ada disentuh Fasal 9.9

Aku setuju jika Fasal-Fasal didalam perlembagaan ini digunakan untuk mempertikaikan kegagalan UMNO mengadakan Perhimpunan Agung Tahunannya pada tahun ini. Namun agak kurang bersetuju kerana perkara ini boleh diselesaikan secara rundingan dan perbincangan. Aku bukanlah terlalu bijak malah umur ku juga baru setahun jagung berpencak digelanggang politik. Masih mentah sementah-mentahnya. Cuma bila melihat perlembagaan, aku tertanya bukankah kepimpinan tertinggi parti yang telah bermesyuarat sebulat suara bersetuju ianya diadakan pada bulan Mac 2009 ? Disini aku dapat merasakan bahawa Pendaftar Pertubuhan perlu arif melihat pula FASAL 8 PERHIMPUNAN AGUNG. Fasal 8.2 khususnya tertulis :

Fasal 8.2 - Perhimpunan Agung Tahunan hendaklah diadakan sekali dalam setahun pada bila-bila masa yang ditetapkan oleh Majlis Tertinggi dengan syarat tidak lewat daripada 18 bulan dari tarikh Perhimpunan Agung yang lalu.

Nyatanya disini, Perhimpunan Agung UMNO 2007 adalah sekitar 5hb - 11hb Nov 2007. Jika dikira, 11hb Nov 2008 genap setahun Perhimpunan Agung yang lalu. Oleh itu, andai perkara ini telah dipersetujui oleh pemimpin tertinggi bahawa Mac 2009 Perhimpunan Agung akan diadakan, aku lihat masih boleh dijalankan setelah menggunapakai Fasal 8.2 diatas... Mac 2009 bermakna 16bulan dari tarikh Perhimpunan Agung yang lalu. Syarat dipenuhi kerana masih lagi tidak lewat. Ada lebihan 2 bulan lagi....

Masalah Fasal 8.2 mengesahkan tetapi seperti yang disentuh oleh Datuk Mustaffa dengan Fasal 24.2, Fasal 24.3 dan Fasal 9.9 rasanya meragukan melainkan pemimpin tertinggi mensyaratkan PENYATA KEWANGAN UMNO (1hb Januari - 31hb Disember) dan dinyatakan, dicetak dan disahkan sahaja pada Perhimpunan Agung Mac depan. itu pandangan ku... Pemimpin tertinggi pasti ada cara penyelesaiannya... Fikirkanlah yang terbaik untuk bangsa kita.. Pro dan Kontra sudah adat. Wasalam...

Tuesday, October 14, 2008

MALAYSIAN FOR PEACE

Agak keterlaluan menghukum YB Jerlun ini. Bila sahaja isu surat kepada YAB PM tersebar, insan ini dituduh menderhaka. Salahkah kita bila menegur ? apakah berdosa membuat yang betul. Rasanya apa yang terjadi adalah pandangan peribadi. Terasa pedih bila rakyat benci. Apa yang tergambar di dalam hati, sedih pilu di dalam disanubari. Terbukti kini orang dah benci, baik ambil keputusan mengundur diri. YB tak niat nak perintah Perdana Menteri, cuma kesedaran harus disusuli. Cara dah betul surat diberi, angkara siapa pulak surat tersebut ditayangi. Tentu datang dari yang iri kerana si iri tak terfikir ini. Kalau dia dulu bijak bistari, tentu dia yang datang mendahului.

Tapi kini segala dah sepi, segala persoalan dapat diatasi. Kepada kepimpinan YAB Perdana Menteri, anggap ini surat itu suara hati. Jujurnya Datuk Mukhriz tidak terperi, bukan talam dua muka bertopeng berperi.
Walau pahit bagai hempedu namun ubat memang begitu. Kalau manis secangkir madu memang gembira terindu-rindu. Tapi hakikatnya sudahlah tentu, kepimpinan kan terus melayang selalu. Nak kata bisa teguran Mukhriz, jahat lagi teguran dan sumpahan si musuh iblis. Kalau pandangan mampu membina, tidak salah diambil untuk diguna. Datuk Mukhriz orang yang murni, tak sanggup melihat negara dijajahi. Sebagai pemimpin menggalas amanah, biarlah dia di sumpah seranah. Demi kedaulatan negara tercinta, pemimpin yang ada sentiasa dijaga. Itulah tanda Pemuda Perkasa, dibarisan hadapan tak pernah leka.

Tuesday, October 7, 2008

PENYAPU MERAPU

Kesian kat YB Dato’ Seri Dr Mohamad Khir bin Toyo. Tetiba jadi pasal bila negeri tergadai. Ikut pandangan kerana penyapu tapi saya pula tak fakir begitu. Itu “post moterm” zaman dahulu. Turut kepercayaan orang Melayu. Boleh dipakai sudahlah tentu namun bukanlah punca nombor satu. Mungkin kekalahan ada kelemahan tertentu. Jentera dilihat kurang bersatu. Pada Dato’ Seri dihalakan isu, walhal sama duduk sebangku. Memang resam sejak dahulu, ada kesilapan tuduh melulu. Mula kata dia bukan sekutu, walaupun nama rupanya sebuku duduk merencana agenda seribu. Bila kecundang tak dapat bangku, pemimipin yang satu ditunding dahulu. Sebab utama bukan tak bersatu, Cuma hal remeh angkara penyapu. Dangkal fikiran walaupun dari ‘U’. Tak dapat kuasa mula merapu. Kepada YB Dato’ Seri bukan nak ampu, orang macam ni jangan disapu. Biar dia tegak macam tiang lampu, pekakkan telinga buat tak tahu. Rampas negeri tetap nawaitu, usaha keras sudahlah tentu. Didoakan semoga mendapat restu dari Allah SWT pencipta yang satu.

*Penyapu punya hal, jadi pasal. Tapi ada yang lupa, penyapu juga dijadikan contoh supaya bersatu. Sering kita dengar kata-kata kiasan, jika lidi sebatang tentu akan patah tapi jika seberkas, memang susah nak dipatahkan. Liat nak mampus. Kan ke lidi seberkas tu adalah penyapu ! abis tu, masa nak bersatu boleh pulak guna penyapu, bila dah tewas ungkit pula puncanya penyapu. Tak logik betul. Kiasan tu pun banyak digunakan oleh pemimpin la ni….

Monday, October 6, 2008

IKHLAS DALAM PERJUANGAN

Kepimpinan belia yang ada hari ini adalah pewaris pada generasi pada masa akan datang. Oleh itu, cabaran serta rintangan yang besar sedang menanti bagi pemimpin belia yang ada di Daerah ini. Saya ingin mengulas kenyataan Zaini Taha selaku EXCO Majlis Belia Daerah (MBD) Kuala Selangor yang menyentuh tentang menghayati perjuangan pemimpin terdahulu pada kenyataan yang tersiar di akhbar Sinar Harian hari ini (Selasa - 7 Oktober 2008).

Ingin saya nyatakan bahawa pandangan serta saranan Zaini Taha yang juga Timbalan Pengerusi Gerakan Belia 4B (M) Kawasan Kuala Selangor itu benar namun bila menyentuh soal kenyataan yang dibuat, jelas kini terdapat krisis kepimpinan di dalam MBD. Tidak mungkin Zaini membuat kenyataan secara umum dan tanpa tujuan. Apa yang saya lihat, kenyataan tersebut ditujukan kepada seseorang yang ada di MBD. Jika itu kenyataan beliau, saya amat tidak bersetuju. Selama ini pun kita sedia maklum bahawa belia bukan milik individu. Kenapa timbul soal individu serta badan gabungan. Saya rasa kepimpinan sebelum ini tidak pernah menafikan hak badan gabungan dalam MBD sebelum ini.
Saya berharap, setiap pemimpin belia, baik diperingkat cawangan, kawasan, bahagian mahupun daerah sentiasa peka dalam masalah belia di daerah ini dan tidak mengorbankan perjuangan yang dilakukan dengan menjerumuskan pertubuhan atau persatuan belia yang dipimpin dalam krisis kepimpinan yang sedang bertiup kini. Saya menyokong penuh siapa sahaja yang menjawat jawatan Pengerusi MBD Kuala Selangor asalkan ikhlas dalam perjuangan. Tunjukkan khidmat serta sumbangan yang anda mampu beri untuk kemajuan belia di daerah ini. Insya-Allah, perjuangan anda akan direstui Allah SWT.

* Saya memberi pandangan selaku Ahli Jawatankuasa Gerakan Belia 4B (M) Kawasan Tanjong Karang.

Sunday, October 5, 2008

TAKZIAH

Aku baru pulang dari menziarahi jenazah abang kawan ku yang telah kembali kerahmatullah petang tadi akibat terlibat dalam satu insiden kemalangan jalan raya. Takziah ku ucapkan kepada Salahuddin bin Jan (Atan) serta keluarga atas pemergian Allahyarham. Diharap semuanya akan bersabar menempuh dugaan ini. Insya-Allah, berkat doa kita semua, Allahyarham akan diletakkan sebaris dengan orang-orang yang beriman. Al - Fatihah...

Saturday, October 4, 2008

KEBENARAN PASTI TERBUKTI

Dato’ Seri Mohd Najib bin Tun Abdul Razak nama diberi. Jawatannya kini Timbalan Perdana Menteri. Semangat ayahanda ingin dituruti, darah pemimpin kini diwarisi. Dengan sokongan seluruh negeri, mengorak langkah membela pertiwi. Jangan disangkal apa pun misi, yang penting untuk kebaikan dan bukan kepentingan diri.

Tersentak dengan isu terkini. Kes Altantuya bukan ilusi. Warga Mongolia yang berkecai isi. Angkara C4 yang dikatakan saksi, bertaburan tubuh di atas bumi. Sudah takdir panggilan ilahi, setiap yang hidup pasti mati. Namun tak sedap telinga dengari, kononnya kematian ada kaitan dengan pemimpin bervisi. Asas pembelian sejata ketenteraan yang kini penuh kontroversi. Tapi logik terdetik dihati, tak mustahil ini permainan politik si irihati. Serangan penjahat yang penuh hasad dengki, habis dikait pemimpin dan isteri. Jangan-jangan ada agenda tersembunyi, agar Dato’ Seri terjatuh kerusi. Jika tercapai niat dihati, kerusi yang kosong dia yang nak isi. Biar pemimpin bervisi tak jadi Perdana Menteri, tempat tersebut dia yang nak ganti. Wahai sahabat jangan lah dengki, sedarlah balasan Allah SWT diakhirat nanti. Kepada YAB Dato’ Seri yang amat disayangi, tabahlah hadapi dugaan ini. Andai kun fayakun yang Allah beri, hak Dato’ Seri pasti dimilki. Sudah menjadi ketentuan Ilahi, kebenaran yang hakiki pasti terbukti.

5 SYAWAL

Alhamdulillah... hari ini adalah hari ke lima kita menyambut hari kemenangan. Ada dua tiga kunjungan Rumah Terbuka hari ni. Semalam satu hari aku di majlis YB Sulaiman. Malam baru dapat rest sikit bila tidak ke mana-mana. Sempatlah aku mencapai akhbar yang ku beli tapi masih belum ku baca. Lepas satu, satu akhbar harian ku belek. Menjengah ke akhbar Sinar Harian, aku rasa bangga. Catatan ku dalam blog ku tersiar. Bangga juga kerana sekurang-kurangnya aku diiktiraf sebagai pemilik blog. He He He... (Sebelum ni hanya rencana aku je yang selalu keluar kat Sinar Harian. Itu pun bila aku mengulas isu-isu yang ku rasakan perlu).

Terima kasih kepada pihak akhbar Sinar Harian yang menyiarkannya... Hari ini, ada story pasal majlis rumah terbuka hari raya YB semalam. Bagus la... sekurang-kurangnya boleh highlight sikit aktiviti macam ni. Terima kasih kembali.

TAHNIAH YB

Hari ini aku puas dapat bertemu teman-teman seperjuangan. Kebetulan 'Rumah Terbuka' YB Tuan Haji Sulaiman bin Haji Abdul Razak, ADUN Kawasan Permatang adalah Rumah Terbuka VIP yang pertama aku kunjungi untuk Lebaran tahun ini. Ramai sungguh hadirin yang dapat meluangkan masa hadir pada majlis tersebut. Seronoknya bila berbilang bangsa duduk semeja menjamu selera. Alhamdulillah semangat ukhwah sesama insan diterjemahkan dengan cukup baik. Teman-teman seperjuangan ku jauh dan dekat juga datang berkunjung. Dapatlah aku menumpang bersalaman walaupun majlis tersebut bukan majlis aku. Dianggarkan 5000 hadirin hadir dan aku ingin menyampaikan penghargaan kepada YB kerana berjaya mengadakan majlis yang begini meriah (ku rasa ini adalah majlis terbesar) selepas YB memenangi pilihanraya umum lalu. Tahniah YB.

Thursday, October 2, 2008

SALAM UKHWAH, SALAM LEBARAN, SALAM AIDIL FITRI

Assalamualaikum WTB......

Kini, telah genap 3 hari kita merayakan Hari Kemenangan setelah sebulan kita menahan lapar dan dahaga. Dugaan nafsu yang kita tempuhi mengajar kita erti betapa kerdilnya kita di bumi Allah SWT ini. Mungkin semalam pun ada sahabat kita yang telah menyambung kembali puasa sunat Aidil Fitri dan insya-Allah aku juga akan melakukannya. Sekarang ni, sedang melihat-lihat jadual bimbang berlaga dengan jemputan "Rumah Terbuka". Bukan aku lapar sangat nak ke rumah terbuka tersebut cuma kadang-kadang agak risau jika menyinggung hati kawan-kawan yang menjemput. Hadir tapi tak makan. Kalau tak pergi, lagi lah dikatakan eksyen.

Sebut pasal "Open House" ni, aku ingin mengucapkan Tahniah kepada YAB PM serta YAB TPM, YB Menteri-menteri Kabinet yang telah pun mengadakan open house mereka pada 1 Syawal yang lalu. Masih belum berkesempatan untuk menghadirinya. Insya-Allah di lain masa dan ketika. Alhamdulillah dengan segala perancangan, open house YAB PM berjalan dengan lancarnya. Dengan kehadiran rakyat berbilang kaum, bangsa dan agama, pasti kemeriahannya amat dirasai. Anggap sahaja kedatangan para penyokong Hindraf itu satu insiden kecil yang berlaku tanpa dirancang. Mungkin waktu serta ketikanya amat tidak sesuai. Kepada pemimpin yang hadir dengan memorandum, tedday bear serta kad ucapan selamat hari raya yang didakwa ditandatangani oleh 300 orang dengan harapan pemimpin mereka yang ditahan dibebaskan, saya rasa cara anda kurang arif. Dalam satu majlis yang bukan sahaja dihadiri oleh kaum Melayu, Cina malah kaum India juga ada bersama, agak kurang manis bila ada insan-insan lain cuba mengambil kesempatan bagi tujuan agenda lain. Dukacita dinyatakan, saya amat kurang bersetuju dengan tindakan tersebut. Doa saya semoga kejadian sedemikian tidak berulang lagi.

Berbalik kepada sambutan hari lebaran, aku sebenarnya menyambut dalam penuh kesederhanaan. Biasalah, asal ada juadah, ada kuih-muih, dapat memberi anak-anak buah sedikit duit raya, cukuplah. Lagipun, aku tinggal dengan keluarga, top-up sikit-sikit mana yang kurang.

Dikesempatan ini aku berdoa semoga para sahabat, handai taulan yang beragama islam baik di negaraku yang tercinta mahu pun di seluruh alam agar berbaik-baik, lupakan segala perbalahan, dan kekeliruan. Mungkin fahaman politik membataskan sedikit pergaulan selama ini tapi agenda memperkasakan agama, bangsa dan negara sebenarnya sama. Tanpa disedari, hanya cara yang dilakukan agak berbeza mengikut kesesuaian dan keselesaan masing-masing. Teruskan perjuangan.....

Wednesday, October 1, 2008

PERSAINGAN PUCUK PIMPINAN PEMUDA

Seperti biasa, setelah selesai solat sunat aidilfitri aku ada tugas... Pertama mencari akhbar, kedua air batu (ais). Biasalah, musim2 perayaan cam ni, ais yg ada kat fridge memang tak cukup. Kunjungan saudara mara, handai taulan, jiran tetangga serta kawan-kawan di Hari Lebaran ini pasti tidak dapat memenuhi keperluan ais yang ada dalam fridge ku... Setelah aku mendapatkan akhbar Berita Harian, aku terpandang akhbar Watan. Belilah buat bacaan apa salahnya...

Setibanya di rumah, agenda ku bermula. Selepas menyinggah ke setiap helaian akhbar harian, aku mencapai pula Watan yg ku beli. Rencahnya banyak berkisar pada pemilihan UMNO yang akan berlangsung sedikit masa lagi. Aku rasa, sekarang ni pasti pemimpin yang menawarkan diri ke jawatan dalam parti sedang merancang untuk menyelesaikan program rumah terbuka mereka seawal mungkin kerana dalam bulan ini juga akan bermulanya pemilihan di peringkat bahagian.

Menjengah ke muka surat 19, aku tertarik untuk membaca kolum tulisan Datuk Ibrahim Yahaya yang bertajuk "Pemuda UMNO perlu berani bersuara". Kebetulan aku pun Pemuda dan insya-Allah dengan izinnya akan cuba buat kali kedua untuk dipilih sebagai Ahli Jawatankuasa Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian. Penggal lalu, aku tewas kerana 2004 aku baru berpindah kawasan (persempadanan semula). Jadi aku rasa kerja keras ku selama 4 tahun untuk memperkenalkan diri akan dihargai pada penggal ini. Itu pun jika Dia mengizinkan. Kun fayakun tetap ada dalam sanubari ku. Sambung semula pasal kolum tulisan Paya Berumput tadi, aku terfikir tentang apa yang dinyatakan oleh salah seorang calon. Datuk Zahidi Zainul Ibrahim. Sebagai Pemuda, saya sedia maklum, selain Datuk Zahidi, YB Dato' Seri Dr. Mohd Khir Toyo, YB Khairy Jamaluddin serta YB Datuk Mukhriz juga menawarkan khidmat. Cuma, saya musykil dalam apa yang saya baca. Datuk Zahidi bertemu penulis kolum mohon bantuan agar apalah kiranya jika media dapat membantu beliau dalam merealisasikan impian beliau. Beliau ingin menerangkan mengapa beliau ingin bertanding dan ingin menjelaskan berbagai "kekotoran" yang sudah dilakukan dalam pemuda UMNO. "Kekotoran" yang dimaksudkan dari bacaan saya adalah politik wang. Tahniah Datuk kerana bercita-cita ingin membanterasnya.

Mohon maaf andai tersilap, saya kurang selesa bila Datuk Zahidi bercerita bahawa beliau ingin memulihkan pemuda UMNO tetapi dalam masa yang sama memburukkan calon lain. Mungkin kisah politik wang itu umum dan jika itu sebabnya, saya boleh terima. Tapi, jika Datuk Zahidi seperti yang dinyatakan di perenggan 22 dalam kolum tersebut, saya kurang setuju. Dalam perenggan tersebut tertulis begini, "Saya ni dari bawah. Saya tidak perlu menjadi jutawan. Saya ingin berkhidmat untuk memulihkan parti. Dalam politik, saya bermula dari bawah dan merasai segala pengalaman." - Saya setuju jika ayatnya hingga di sini. Tetapi perenggan tersebut ada sambungannya. Ayatnya tertulis begini, "Ada calon ingin bertanding tidak pernah menjadi ketua pemuda cawangan atau bahagian. Ada calon yang kehilangan negeri. Ada calon yang merosakkan segala-galanya sekarang. Fikirkanlah demi kebaikan UMNO dan yang penting orang Melayu."

Saya agak kurang selesa dengan cara ini. Memburuk-burukkan lawan. Dalam fikiran saya, ayat :
1. Ada calon ingin bertanding tidak pernah menjadi ketua pemuda cawangan atau bahagian. - Ayat ini pasti menyentuh kepada calon YB Khairy Jamaluddin.
2. Ada calon yang kehilangan negeri. - Ayat ini menggambarkan YB Dato' Seri Dr. Mohd Khir Toyo. manakala
3. Ada calon yang merosakkan segala-galanya sekarang. - Ayat ini pasti menceritakan tentang YB Datuk Mukhriz Tun Mahathir.

Bertandinglah secara sihat Datuk. Insya-Allah jika Allah SWT mengizinkan, pasti jawatan tersebut menjadi hak Datuk. Tak perlu burukkan orang. Kalau serang YB KJ dengan ayat bahawa beliau tidak pernah menjadi ketua cawangan atau bahagian, kita ingat satu perkara sahaja, YB Khairy Jamaluddin adalah ahli UMNO. Setiap ahli UMNO yang berbayar yurannya layak bertanding dan memegang jawatan andai tidak disabitkan dengan undang-undang. Kalau tuduh YB Dato' Seri Khir Toyo tak layak memimpin pemuda kerana kehilangan negeri, tegur juga Datuk Seri Mahdzir Khalid dan Datuk Seri Di Raja Tajol Rosli Ghazali yang menawarkan diri untuk bertanding Majlis Tertinggi. Jika alasan surat kepada YAB PM yang didedahkan punca YB Datuk Mukhriz Tun Mahathir tidak layak, pastinya perkara itu juga bukan sebab musabab kerana tujuan YB Mukhriz adalah untuk cuba memberitahu kepada YAB PM. Tujuannya sama seperti Datuk, ingin menyelamatkan UMNO. Selamat bersidang....