Thursday, October 16, 2008

UMNO LANGGAR PERLEMBAGAAN ?

Assalamualaikum WTB......

Buat sahabat seperjuangan dalam menegakkan syiar Islam, dalam memartabatkan Bangsa dan dalam mendaulatkan Negara, semoga berada didalam lindungan Allah SWT. Jasa bakti anda pasti ada ganjarannya. Biar apa cara sekalipun rentak langkah perjuangan anda, pasti tujuan yang utama adalah demi Agama, Bangsa dan Negara...

Belum pun reda kisah rumah terbuka Hari Raya, kisah persidangan UMNO bahagian-bahagian yang baru bermula, terpacul pula kisah Raja Bollywood yang menerima gelaran di Melaka. Terkilan juga rasa dihati, bila sahabat-sahabat yang mungkin lebih patut dihargai dari si raja Hindustani. Hampir seminggu cerita didengari, dari individu serta persatuan yang tidak puashati. Namun begitu aku hanya memerhati kerana aku bukanlah fanatik kepada seni.

Berbalik kepada persidangan UMNO bahagian yang baru bermula suka aku menyentuh kenyataan bekas Setiausaha kerja UMNO, Datuk Mustaffa Yassin diakhbar Watan (BIL:07/08 AHAD 12 - 18 OKT 2008) yang baru ku beli. Tajuk muka hadapat tertulis "UMNO LANGGAR PERLEMBAGAAN". Setelah kubaca, aku bersetuju jika isu ini timbul bila dirujuk kepada buku perlembagaan :

Fasal 24.2, Fasal 24.3, kemudian ada disentuh Fasal 9.9

Aku setuju jika Fasal-Fasal didalam perlembagaan ini digunakan untuk mempertikaikan kegagalan UMNO mengadakan Perhimpunan Agung Tahunannya pada tahun ini. Namun agak kurang bersetuju kerana perkara ini boleh diselesaikan secara rundingan dan perbincangan. Aku bukanlah terlalu bijak malah umur ku juga baru setahun jagung berpencak digelanggang politik. Masih mentah sementah-mentahnya. Cuma bila melihat perlembagaan, aku tertanya bukankah kepimpinan tertinggi parti yang telah bermesyuarat sebulat suara bersetuju ianya diadakan pada bulan Mac 2009 ? Disini aku dapat merasakan bahawa Pendaftar Pertubuhan perlu arif melihat pula FASAL 8 PERHIMPUNAN AGUNG. Fasal 8.2 khususnya tertulis :

Fasal 8.2 - Perhimpunan Agung Tahunan hendaklah diadakan sekali dalam setahun pada bila-bila masa yang ditetapkan oleh Majlis Tertinggi dengan syarat tidak lewat daripada 18 bulan dari tarikh Perhimpunan Agung yang lalu.

Nyatanya disini, Perhimpunan Agung UMNO 2007 adalah sekitar 5hb - 11hb Nov 2007. Jika dikira, 11hb Nov 2008 genap setahun Perhimpunan Agung yang lalu. Oleh itu, andai perkara ini telah dipersetujui oleh pemimpin tertinggi bahawa Mac 2009 Perhimpunan Agung akan diadakan, aku lihat masih boleh dijalankan setelah menggunapakai Fasal 8.2 diatas... Mac 2009 bermakna 16bulan dari tarikh Perhimpunan Agung yang lalu. Syarat dipenuhi kerana masih lagi tidak lewat. Ada lebihan 2 bulan lagi....

Masalah Fasal 8.2 mengesahkan tetapi seperti yang disentuh oleh Datuk Mustaffa dengan Fasal 24.2, Fasal 24.3 dan Fasal 9.9 rasanya meragukan melainkan pemimpin tertinggi mensyaratkan PENYATA KEWANGAN UMNO (1hb Januari - 31hb Disember) dan dinyatakan, dicetak dan disahkan sahaja pada Perhimpunan Agung Mac depan. itu pandangan ku... Pemimpin tertinggi pasti ada cara penyelesaiannya... Fikirkanlah yang terbaik untuk bangsa kita.. Pro dan Kontra sudah adat. Wasalam...

No comments: