Thursday, October 2, 2008

SALAM UKHWAH, SALAM LEBARAN, SALAM AIDIL FITRI

Assalamualaikum WTB......

Kini, telah genap 3 hari kita merayakan Hari Kemenangan setelah sebulan kita menahan lapar dan dahaga. Dugaan nafsu yang kita tempuhi mengajar kita erti betapa kerdilnya kita di bumi Allah SWT ini. Mungkin semalam pun ada sahabat kita yang telah menyambung kembali puasa sunat Aidil Fitri dan insya-Allah aku juga akan melakukannya. Sekarang ni, sedang melihat-lihat jadual bimbang berlaga dengan jemputan "Rumah Terbuka". Bukan aku lapar sangat nak ke rumah terbuka tersebut cuma kadang-kadang agak risau jika menyinggung hati kawan-kawan yang menjemput. Hadir tapi tak makan. Kalau tak pergi, lagi lah dikatakan eksyen.

Sebut pasal "Open House" ni, aku ingin mengucapkan Tahniah kepada YAB PM serta YAB TPM, YB Menteri-menteri Kabinet yang telah pun mengadakan open house mereka pada 1 Syawal yang lalu. Masih belum berkesempatan untuk menghadirinya. Insya-Allah di lain masa dan ketika. Alhamdulillah dengan segala perancangan, open house YAB PM berjalan dengan lancarnya. Dengan kehadiran rakyat berbilang kaum, bangsa dan agama, pasti kemeriahannya amat dirasai. Anggap sahaja kedatangan para penyokong Hindraf itu satu insiden kecil yang berlaku tanpa dirancang. Mungkin waktu serta ketikanya amat tidak sesuai. Kepada pemimpin yang hadir dengan memorandum, tedday bear serta kad ucapan selamat hari raya yang didakwa ditandatangani oleh 300 orang dengan harapan pemimpin mereka yang ditahan dibebaskan, saya rasa cara anda kurang arif. Dalam satu majlis yang bukan sahaja dihadiri oleh kaum Melayu, Cina malah kaum India juga ada bersama, agak kurang manis bila ada insan-insan lain cuba mengambil kesempatan bagi tujuan agenda lain. Dukacita dinyatakan, saya amat kurang bersetuju dengan tindakan tersebut. Doa saya semoga kejadian sedemikian tidak berulang lagi.

Berbalik kepada sambutan hari lebaran, aku sebenarnya menyambut dalam penuh kesederhanaan. Biasalah, asal ada juadah, ada kuih-muih, dapat memberi anak-anak buah sedikit duit raya, cukuplah. Lagipun, aku tinggal dengan keluarga, top-up sikit-sikit mana yang kurang.

Dikesempatan ini aku berdoa semoga para sahabat, handai taulan yang beragama islam baik di negaraku yang tercinta mahu pun di seluruh alam agar berbaik-baik, lupakan segala perbalahan, dan kekeliruan. Mungkin fahaman politik membataskan sedikit pergaulan selama ini tapi agenda memperkasakan agama, bangsa dan negara sebenarnya sama. Tanpa disedari, hanya cara yang dilakukan agak berbeza mengikut kesesuaian dan keselesaan masing-masing. Teruskan perjuangan.....

No comments: