Wednesday, October 1, 2008

PERSAINGAN PUCUK PIMPINAN PEMUDA

Seperti biasa, setelah selesai solat sunat aidilfitri aku ada tugas... Pertama mencari akhbar, kedua air batu (ais). Biasalah, musim2 perayaan cam ni, ais yg ada kat fridge memang tak cukup. Kunjungan saudara mara, handai taulan, jiran tetangga serta kawan-kawan di Hari Lebaran ini pasti tidak dapat memenuhi keperluan ais yang ada dalam fridge ku... Setelah aku mendapatkan akhbar Berita Harian, aku terpandang akhbar Watan. Belilah buat bacaan apa salahnya...

Setibanya di rumah, agenda ku bermula. Selepas menyinggah ke setiap helaian akhbar harian, aku mencapai pula Watan yg ku beli. Rencahnya banyak berkisar pada pemilihan UMNO yang akan berlangsung sedikit masa lagi. Aku rasa, sekarang ni pasti pemimpin yang menawarkan diri ke jawatan dalam parti sedang merancang untuk menyelesaikan program rumah terbuka mereka seawal mungkin kerana dalam bulan ini juga akan bermulanya pemilihan di peringkat bahagian.

Menjengah ke muka surat 19, aku tertarik untuk membaca kolum tulisan Datuk Ibrahim Yahaya yang bertajuk "Pemuda UMNO perlu berani bersuara". Kebetulan aku pun Pemuda dan insya-Allah dengan izinnya akan cuba buat kali kedua untuk dipilih sebagai Ahli Jawatankuasa Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian. Penggal lalu, aku tewas kerana 2004 aku baru berpindah kawasan (persempadanan semula). Jadi aku rasa kerja keras ku selama 4 tahun untuk memperkenalkan diri akan dihargai pada penggal ini. Itu pun jika Dia mengizinkan. Kun fayakun tetap ada dalam sanubari ku. Sambung semula pasal kolum tulisan Paya Berumput tadi, aku terfikir tentang apa yang dinyatakan oleh salah seorang calon. Datuk Zahidi Zainul Ibrahim. Sebagai Pemuda, saya sedia maklum, selain Datuk Zahidi, YB Dato' Seri Dr. Mohd Khir Toyo, YB Khairy Jamaluddin serta YB Datuk Mukhriz juga menawarkan khidmat. Cuma, saya musykil dalam apa yang saya baca. Datuk Zahidi bertemu penulis kolum mohon bantuan agar apalah kiranya jika media dapat membantu beliau dalam merealisasikan impian beliau. Beliau ingin menerangkan mengapa beliau ingin bertanding dan ingin menjelaskan berbagai "kekotoran" yang sudah dilakukan dalam pemuda UMNO. "Kekotoran" yang dimaksudkan dari bacaan saya adalah politik wang. Tahniah Datuk kerana bercita-cita ingin membanterasnya.

Mohon maaf andai tersilap, saya kurang selesa bila Datuk Zahidi bercerita bahawa beliau ingin memulihkan pemuda UMNO tetapi dalam masa yang sama memburukkan calon lain. Mungkin kisah politik wang itu umum dan jika itu sebabnya, saya boleh terima. Tapi, jika Datuk Zahidi seperti yang dinyatakan di perenggan 22 dalam kolum tersebut, saya kurang setuju. Dalam perenggan tersebut tertulis begini, "Saya ni dari bawah. Saya tidak perlu menjadi jutawan. Saya ingin berkhidmat untuk memulihkan parti. Dalam politik, saya bermula dari bawah dan merasai segala pengalaman." - Saya setuju jika ayatnya hingga di sini. Tetapi perenggan tersebut ada sambungannya. Ayatnya tertulis begini, "Ada calon ingin bertanding tidak pernah menjadi ketua pemuda cawangan atau bahagian. Ada calon yang kehilangan negeri. Ada calon yang merosakkan segala-galanya sekarang. Fikirkanlah demi kebaikan UMNO dan yang penting orang Melayu."

Saya agak kurang selesa dengan cara ini. Memburuk-burukkan lawan. Dalam fikiran saya, ayat :
1. Ada calon ingin bertanding tidak pernah menjadi ketua pemuda cawangan atau bahagian. - Ayat ini pasti menyentuh kepada calon YB Khairy Jamaluddin.
2. Ada calon yang kehilangan negeri. - Ayat ini menggambarkan YB Dato' Seri Dr. Mohd Khir Toyo. manakala
3. Ada calon yang merosakkan segala-galanya sekarang. - Ayat ini pasti menceritakan tentang YB Datuk Mukhriz Tun Mahathir.

Bertandinglah secara sihat Datuk. Insya-Allah jika Allah SWT mengizinkan, pasti jawatan tersebut menjadi hak Datuk. Tak perlu burukkan orang. Kalau serang YB KJ dengan ayat bahawa beliau tidak pernah menjadi ketua cawangan atau bahagian, kita ingat satu perkara sahaja, YB Khairy Jamaluddin adalah ahli UMNO. Setiap ahli UMNO yang berbayar yurannya layak bertanding dan memegang jawatan andai tidak disabitkan dengan undang-undang. Kalau tuduh YB Dato' Seri Khir Toyo tak layak memimpin pemuda kerana kehilangan negeri, tegur juga Datuk Seri Mahdzir Khalid dan Datuk Seri Di Raja Tajol Rosli Ghazali yang menawarkan diri untuk bertanding Majlis Tertinggi. Jika alasan surat kepada YAB PM yang didedahkan punca YB Datuk Mukhriz Tun Mahathir tidak layak, pastinya perkara itu juga bukan sebab musabab kerana tujuan YB Mukhriz adalah untuk cuba memberitahu kepada YAB PM. Tujuannya sama seperti Datuk, ingin menyelamatkan UMNO. Selamat bersidang....

1 comment:

PEMUDA UMNO MANDUR WAHID said...

Aku sebenarnya orang biasa yang tiada apa kepentingan dalam UMNO dan bagi aku perasaan tetap sama dari dulu kini dan selamanya terus menyokong perjuangan teman-teman dalam Parti UMNO untuk memertabatkan lagi maruah melayu ditanah air aku yang tercinta MALAYSIA.
Bagi aku UMNO adalah wadah bagi orang-orang Melayu untuk meluahkan perasaan dan menonjolkan jatidiri sebagai umat yang dihargai dan dihormati tetapi bukan tempat makhluk-mahkluk yang aku rasa tidak bertemadun yang melemparkan kata-kata kesat yang tidak sepatutnya dikeluarkan.
Bagi rakan-rakan teruskan usaha..berjuang untuk kepentingan masyarakat bukan untuk kepentingan sendiri..