Tuesday, October 7, 2008

PENYAPU MERAPU

Kesian kat YB Dato’ Seri Dr Mohamad Khir bin Toyo. Tetiba jadi pasal bila negeri tergadai. Ikut pandangan kerana penyapu tapi saya pula tak fakir begitu. Itu “post moterm” zaman dahulu. Turut kepercayaan orang Melayu. Boleh dipakai sudahlah tentu namun bukanlah punca nombor satu. Mungkin kekalahan ada kelemahan tertentu. Jentera dilihat kurang bersatu. Pada Dato’ Seri dihalakan isu, walhal sama duduk sebangku. Memang resam sejak dahulu, ada kesilapan tuduh melulu. Mula kata dia bukan sekutu, walaupun nama rupanya sebuku duduk merencana agenda seribu. Bila kecundang tak dapat bangku, pemimipin yang satu ditunding dahulu. Sebab utama bukan tak bersatu, Cuma hal remeh angkara penyapu. Dangkal fikiran walaupun dari ‘U’. Tak dapat kuasa mula merapu. Kepada YB Dato’ Seri bukan nak ampu, orang macam ni jangan disapu. Biar dia tegak macam tiang lampu, pekakkan telinga buat tak tahu. Rampas negeri tetap nawaitu, usaha keras sudahlah tentu. Didoakan semoga mendapat restu dari Allah SWT pencipta yang satu.

*Penyapu punya hal, jadi pasal. Tapi ada yang lupa, penyapu juga dijadikan contoh supaya bersatu. Sering kita dengar kata-kata kiasan, jika lidi sebatang tentu akan patah tapi jika seberkas, memang susah nak dipatahkan. Liat nak mampus. Kan ke lidi seberkas tu adalah penyapu ! abis tu, masa nak bersatu boleh pulak guna penyapu, bila dah tewas ungkit pula puncanya penyapu. Tak logik betul. Kiasan tu pun banyak digunakan oleh pemimpin la ni….

3 comments:

uncle nano said...

Askm.
Tuan Rizal bagaimana suasana pemilihan Pemuda Bah Tg Karang..
Masih panas??

HATI RIZAL said...

W'salam Uncle Nano.
Pemilihan Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Tg Karang mcm biasa. Nak kata panas, cool jer... Nak kata cool, adakalanya gerakan jentera bawah tanah, cergas juga. Yang penting calon-calon tahu matlamat untuk menjawat jawatan tersebut. Kuatkan Pemuda, kuatkan UMNO. 2011 adalah kemuncak ujian bagi penjawat jawatan. Buktikan bahawasanya lantikan anda, sokongan sahabat-sahabat dengan tugas dan tanggungjawab yang harus ditunaikan dengan ikhlas demi agama, bangsa dan negara. Bertanding ke ?

uncle nano said...

Hati-hati dengan jentera bawah tanah..
Silap2 haribulan ada member yg cnfdn telungkup dibuatnya..
Apa2 pun selamat berjuang kepada PEMUDA UMNO Bah Tg Karang.