Tuesday, October 14, 2008

MALAYSIAN FOR PEACE

Agak keterlaluan menghukum YB Jerlun ini. Bila sahaja isu surat kepada YAB PM tersebar, insan ini dituduh menderhaka. Salahkah kita bila menegur ? apakah berdosa membuat yang betul. Rasanya apa yang terjadi adalah pandangan peribadi. Terasa pedih bila rakyat benci. Apa yang tergambar di dalam hati, sedih pilu di dalam disanubari. Terbukti kini orang dah benci, baik ambil keputusan mengundur diri. YB tak niat nak perintah Perdana Menteri, cuma kesedaran harus disusuli. Cara dah betul surat diberi, angkara siapa pulak surat tersebut ditayangi. Tentu datang dari yang iri kerana si iri tak terfikir ini. Kalau dia dulu bijak bistari, tentu dia yang datang mendahului.

Tapi kini segala dah sepi, segala persoalan dapat diatasi. Kepada kepimpinan YAB Perdana Menteri, anggap ini surat itu suara hati. Jujurnya Datuk Mukhriz tidak terperi, bukan talam dua muka bertopeng berperi.
Walau pahit bagai hempedu namun ubat memang begitu. Kalau manis secangkir madu memang gembira terindu-rindu. Tapi hakikatnya sudahlah tentu, kepimpinan kan terus melayang selalu. Nak kata bisa teguran Mukhriz, jahat lagi teguran dan sumpahan si musuh iblis. Kalau pandangan mampu membina, tidak salah diambil untuk diguna. Datuk Mukhriz orang yang murni, tak sanggup melihat negara dijajahi. Sebagai pemimpin menggalas amanah, biarlah dia di sumpah seranah. Demi kedaulatan negara tercinta, pemimpin yang ada sentiasa dijaga. Itulah tanda Pemuda Perkasa, dibarisan hadapan tak pernah leka.

No comments: