Monday, September 22, 2008

DAPAT BUKU BARU

Hari ini aku ke kedai seperti biasa membeli akhbar. Selain akhbar harian, sesekali jika ada lebihan di poket, aku rajin mencari, menjengah serta memerhati seandainya terdapat buku-buku politik yang baru seandainya terjual. Agak sukar sebenarnya di pekan ini untuk menemui buku-buku politik terjual seperti di kedai-kedai buku di bandar seperti Shah Alam mahupun Kuala Lumpur. Selepas membayar harga akhbar yang ku beli, terpandang aku sebuah buku agak nipis bertajuk "Pilihan Raya Umum 2008 - Rakyat Sahut Cabaran". Dalam hati berkata, "buku baru ni". Ku capai lantas ku belek, A Kadir Jasin penulisnya. Aku rajin menjengah pembuka katanya dahulu... Tulisan A Kadir Jasin yang sebelum ini di dalam blog "The Scribe A Kadir Jasin" rupanya. Sebuah buku yang menyingkap perkembangan yang berlaku sebelum, ketika dan selepas Pilihan Raya Umum 2008 yang disampaikan oleh A Kadir Jasin melalui blognya. RM15 not a big money. So, aku beli lah... Aku dapat buku baru hari ini. Buku politik aku yang ke 72 dan yang pertama dari A Kadir Jasin.

No comments: