Tuesday, September 23, 2008

TENANG KERANA BERIMAN

Dato’ Seri Haji Abdullah bin Haji Ahmad Badawi, satu bukti golongan ulama sebagai ulil amri. Nendanya menjadi saksi pembentukan Negara tercinta ini. Sebagai golongan yang terdidik dengan ilmu Allah, konsep Islam Hadhari cuba diberi. Memberi keseimbangan antara akhirat dan duniawi. Namun sebagai insan dibumi Allah, Dato’ Seri yang merendah diri dengan panggilan Pak Lah, tidak boleh lari dengan segala masalah. Dari pentadbiran kerajaan yang digambarkan goyah, hingga ke pengurusan yang dilihat bermasalah, adakah Pak Lah dianggap lemah ? Terpanggil pula dengan undi tak percaya, kenapa tiada siapa yang diharap tampil membentulkannya ? Kenapa tak sama-sama duduk semeja, bincang dan rancang apa yang tak kena ? Zalim sungguh orang yang mengata, seolah-olah dia betul belaka ! Namun sifat terpuji yang ada pada Pak Lah, tenang sifatnya tak cepat melatah. Masalah ditangani dengan berhemah, mampu mengungkai orang yang marah.

Sepenggal baru umur pentadbiran tapi diminta membuat perubahan. Tidakkah nanti dituduh mengikut perasaan andai perubahan secara paksaan ? Cuba diberi ruang dan peluang, mentadbir sebaik mungkin menjadi cemerlang. Membina bangsa menjadi gemilang. Mencorak Negara menjadi terbilang. Sebagai rakyat yang akur kepada kepimpinan, doaku iring sepanjang perjalanan. Semoga Pak Lah teruskan perjuangan, jangan tunduk kerana desakan. Tegaskan pendirian dalam membuat keputusan, Insya-Allah segalanya akan dipermudahkan.

* Dari kacamata Hati Rizal.

No comments: